Isu Kalimah Allah BUKAN AGENDA PKR?.

Sunday, 7 April 2013




Baru-baru ini Negara digemparkan dengan isu kalimah Allah dan isu ini pernah muncul pada tahun 2007 dan hari ini isu ini dipertikaikan lagi. Persoalannya, adakah terdapat agenda yang tersembunyi dalam isu ini? Adakah agenda ini dirancang dan siapa dalang disebalik isu ini. MB melihat isu ini bukanlah melibatkan isu dalam Negara tetapi mempunyai kaitan dengan isu luar Negara dan juga isu dunia.


Kini dunia sedang melihat dan juga sedang menilai Malaysia. Malaysia yang terletak di asia tenggara adalah salah sebuah Negara yang sedang membangun,  malah mata wang Malaysia juga stabil (Terima kasih MB ucapkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kebijaksanaan beliau yang menambat mata wang ringgit kepada nilai RM3.80 pada nilai 1 Dolar  semasa krisis kewangan, Tun Dr Mahathir membuatkan formula beliau digunakan oleh negara-negara lain walaupun pada asalnya dihina). Malah baru-baru ini kesediaan delegasi dari China yang bersedia untuk membuat pelaburan di Malaysia melalui Malaysia China Kuantan Industry Park (MCKIP) telah membuka mata seluruh dunia. China salah sebuah negara yang menguasi ekonomi dunia memandang Malaysia salah sebuah negara perniagaan yang mantap mana mungkin negara-negara gergasi diluar sana boleh berdiam diri.


 Plan Perbentangan Malaysia China Kuantan Industry Park (MCKIP)

Kekuatan Malaysia ini mungkin telah menarik perhatian dunia dan turut mengancam Malaysia. Adakah mereka mahu melihat Malaysia jatuh? Berjaga-jaga wahai rakyat Malaysia. Sejarah telah menunjukkan bahawa manusia tidak pernah puas dengan kejayaan orang malah sedia maklum sifat dengki itu memang satu lumrah dalam diri manusia yang mahu melihat kejatuhan orang lain.
Suka MB berkongsi pemerhatian saya dalam isu kalimah Allah. Mungkin ramai bertanya, apakah kaitannya isu kalimah Allah dengan ekonomi Malaysia? 

MB melihat isu ini adalah isu nasional dan amat berkait rapat dengan ekonomi Malaysia tetapi ramai yang tidak mengetahuinya. Menerusi pembacaan MB, MB dapati Amerika Syarikat mula risau dengan kemajuan yang dialami oleh negara Malaysia. Misalnya pada tahun 1996 sebelum inflasi, Malaysia dan Indonesia adalah negara yang hebat ekonominya dan secara diam-diam ekonomi kita diserang melalui mata wang sehinggakan kita perlu bermula dari bawah. Siapakah dalang di sebalik kejatuhan Malaysia pada tahun itu? Jawapanya Amerika Syarikat.


 Amerika Syarikat gentar dengan hubungan baik antara China dan Malaysia



Malaysia berfikiran jauh dengan menguatkan lagi hubungan ekonomi dengan China


Semua Negara akan melalui Malaysia sebagai laluan 'shortcut' dan pantas serta mengurangkan kos bahan api. Amerika Syarikat perlukan Malaysia untuk menutup laluan negara China.


 Ramai yang tidak mengetahui tetapi itu satu kenyataan. Lumrah alam kalau kita buang najis di  tengah jalan, adakah kita mengaku yang najis itu milik kita? Sama sekali kita tidak akan mengaku. Jadi sama dalam konteks ini, dunia juga ada politik serta kepentingan dan bukan dalam Malaysia sahaja kita berperang politik. Mana mungkin negara sebesar biji saga dalam peta dunia dapat menguasai dunia dan itu pendirian Amarika Syarikat. Mereka meletakan negara Malaysia sebagai negara yang mampu mengancam kuasa mereka . Justeru, mereka melakukan kajian yang meliputi bangsa dan agama di Malaysia. Disini saya mahu pembaca  menilai pendapat saya melalui  analisis yang telah saya buat berkenaan masalah isu kalimah Allah dan kaitannya dengan ekonomi Malaysia. Perkongsian ini bukan atas dasar isu perkauman tetapi satu perkongsian yang berguna buat semua.
Amerika tidak memandang Malaysia sebagai sebuah negara yang kecil tetapi Amerika memandang semangat dan perpaduan yang ada dalam diri rakyat Malaysia sebagai ancaman. 

 Perpaduan Rakyat Malaysia membuatkan Amerika Syarikat Gentar dengan ketokohan pemerintah Malaysia.

Oleh itu adegan kucar-kacir yang dicipta oleh mereka melalui agen-agennya di Malaysia telahpun menjadi.  Tindakan mereka tidak hanya terhenti disitu, malah mereka mencari ahli-ahli akademik yang arif tentang masyarakat-masyarkat dan etenik-etenik di Malaysia untuk mengkaji semula sejarah tamdaun Malaysia dan zaman kesultanan Melayu Melaka. Mereka melihat Melaka dapat membangun pada zaman kesultanan Melayu Melaka dengan pesat dan Melaka adalah sebuah pelabuhan entreport yang berjaya menarik pelabur asing diseluruh dunia.  Malah pada zaman itu Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca dan bahasa pertuturan rasmi pada zaman itu dalam semua segi perhubungan sama ada dalam perbincangan mengenai ekonomi,sosial mahupun politik. Malah pada zaman itu, sudah ada penduduk tanah melayu dalam kalangan orang arab, china, india dan lain-lain  dapat bersatu di bawah satu bumbung. Teka- teki mula bermain dalam minda pengkaji Amerika Syarikat.  Mereka mendapati Kesultanan Melayu Melaka di perintah oleh seorang raja yang berbangsa Melayu dan beragama islam. Mereka mendapati bahawa bangsa yang hebat ini dulu wujud gah di dunia tetapi sekarang menyepi dan mereka percaya bangsa itu akan bangkit kembali dan bangsa itu adalah bangsa Melayu. Kajian mereka tidak berakhir disitu, mereka mengkaji sosial budaya orang Melayu di Malaysia pada hari ini dan mereka mendapati orang Melayu tanpa islam,  akan gagal dan menjadi lemah. 


 Amerika mungkin tidak akan menjajah Malaysia seperti mereka menjajah Afganistan, Iraq, Mesir, Tunisai dan negara-negara arab yang bergolak melalui peperangan tetapi Amerika menyerang Malaysia melalui minda rakyat Malaysia. Amerika tidak bergerak bersendirian malah dibantu oleh Israel untuk menjatuhkan akidah orang Melayu. Secara umumnya di Malaysia jika sesorang itu Melayu maka dia adalah islam. Mereka masih berpegang pada kajian mereka jika mahu jatuhkan ekonomi Malaysia maka, mereka perlu menyerang akidah orang islam selepas pada itu baru mereka boleh masuk ke Malaysia. Hari ini isu kalimah Allah adalah isu dibangkitkan dan penggunan khalimah Allah pada bible dalam bahasa Melayu dapat memudahkan agenda mereka menyebarkan fahaman krisitian pada diri orang Melayu. Saya bukan diskriminasi agama tetapi saya bercakap atas dasar agama islam perlu kekal dalam diri orang Melayu kerana Perlembagaan Malaysia sudah tertulis, agama islam sebagai agama persekutuan dan agama lain bebas mengamalkan agama masing-masing. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu hormat  Perlembagaan Malaysia bagi menjamin kedaulatan Negara. Jika penggunaan kalimah Allah dalam bible dibenarkan, akan berlaku kecelaruan pada fahaman orang islam dan apabila fahaman-fahaman ini masuk dalam diri orang Melayu maka akidah orang Melayu akan hilang dan Melayu akan lemah. Bermulalah proses jajahan barat yang menerusi  akidah orang Melayu. 



Kesimpulannya,  isu kalimah Allah  adalah agenda barat yang dibawa masuk ke Malaysia atas dasar untuk menjatuhkan negara Malaysia seperti mana yang dilakukan oleh mereka pada tahun 1997 melalui serangan mata wang. Sebagai rakyat Malaysia, saya ingin mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia, anda semua perlu  sedar dan bangkitlah memperjuangkan negara kita. Negara Malaysia bukan untuk orang Melayu sahaja tetapi untuk semua rakyat Malaysia.  Jangan biarkan orang barat memperkotak-katikan perjuangan rakyat Malaysia yang kini hamper menjadi sebuah negara maju dan hari ini kita sudah 56 tahun merdeka dan negara Malaysia dikenali di serata dunia jadi janganlah kita dengan mudah menyerahkan negara kita yang aman damai ini kepada orang asing yang hanya mempergunakan keselesaan dan kekayaan hasil bumi kita untuk mempertahankan kedudukan negara mereka sebagai negara gergasi didunia. Rakyat Malaysia perlu sedar dan jangan leka dengan keindahan hiburan dunia sehingga lupa yang negara diserang hendap tanpa bicara.  Berfikir sebelum bertindak, bangkit sebelum diserang!.

Pemerintah yang Baik adalah Pemerintah yang Melihat Agama sebagai satu pegangan bukan untuk dijual!



FIKIR-FIKIRKANLAH!!!!!!

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket Blogger Templates